Me

My photo
Alor Star, Kedah, Malaysia

Thursday, January 15, 2009

Apakah yang kanak-kanak inginkan?

Setiap orang di muka bumi ini menginginkan sesuatu. Keinginan ini merupakan suatu kehendak bagi setiap manusia supaya kehidupan menjadi lebih selesa dan sempurna. Wujud perbezaan di antara keperluan dan kehendak. Keperluan merupakan perkara atau sesuatu yang perlu dipenuhi untuk terus hidup. Contoh keperluan seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Manakala kehendak merupakan perkara atau sesuatu yang diperlukan oleh seseorang manusia supaya dapat memenuhi kepuasan yang maksimum. Bukan sahaja orang dewasa yang mempunyai kehendak atau keinginan. Malah, kanak-kanak juga menginginkan sesuatu dalam kehidupan mereka.

Bagi kanak-kanak, pelbagai keinginan asas yang mereka perlukan bagi melancarkan perkembangan hidup mereka secara normal. Keinginan-keinginan ini penting bagi perkembangan kanak-kanak dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Adalah menjadi tanggungjawab individu yang berada di sekeliling untuk memenuhi keinginginan kanak-kanak ini agar emosi mereka akan berada dalam keadaan stabil.



Keinginan Asas Kanak-Kanak:



1.Keinginan untuk bergerak

  • Secara zahirnya, setiap kanak-kan ak gemar untuk bergerak.
  • Had masa kanak-kanak boleh fokus terhadap sesuatu perkara adalah antara 3 hingga 5 minit sahaja.
  • Jika melebihi had tersebut, kanak-kanak akan mula bergerak.
  • Antara contoh perkara yang dilakukan apabila mereka tidak dapat menumpukan perhatian adalah apabila mereka mula menggoyangkan badan mereka, mencuit-cuit rakan sebelah, membuat bising dan sebagainya.


2. Keinginan untuk Berjaya dan Diperkenankan

  • Kebiasaannya, kanak-kanak akan merasa gembira apabila mereka diberi penghargaan.
  • Penghargaan positif perlu diberikan kepada kanak-kanak supaya mereka lebih bermotivasi dan akan mengulang perlakuan yang mereka lakukan kerana bagi mereka perlakuan yang telah dilakukan telah diperkenankan oleh orang sekeliling.
  • Setiap aktiviti yang dirancang oleh guru prasekolah atau individu sekeliling mestilah mementingkan kebolehan kanak-kanak untuk berjaya.
  • Masyarakat perlu memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berjaya kerana mereka akan merasa seronok.


3. Keinginan untuk Bersaing

  • Persaingan merupakan suatu perkara yang baik untuk perkembangan kanak-kanak.
  • Kanak-kanak amat kompetatif apabila melakukan aktiviti permainan.
  • Bagi kanak-kanak, mereka ingin menunjukkan diri mereka hebat.
  • Contohnya apabila rakan mereka dapat menjaringkan gol dalam perlawanan bola sepak, mereka keinginan mereka bersaing terserlah apabila mereka terus berusaha supaya mereka boleh mengalahkan rakan mereka.


4. Keinginan untuk Meneroka dan Mengembara

  • Aspek ini boleh dilihat apabila kanak-kanak yang mempunyai kebolehan verbal yang tinggi akan banyak bertanyakan soalan kepada orang dewasa.
  • Soalan seperti “apa tu?”, “kenapa jadi macam tu?”, “yaya nak buat.” dan banyak lagi.
  • Keinginan ini juga boleh diperhatikan apabila orang dewasa membawa kanak-kanak taman permainan.
  • Kanak-kanak ini bagaikan baru terlepas dari kandang kerana mereka berlarian untuk bermain dan mencuba setiap jenis permainan yang ada.


5. Keinginan untuk Melahirkan Perasaan melalui Pergerakan

  • Keinginan ini boleh diperhatikan apabila kanak-kanak mula berdiri.
  • Sebagai contoh, sedarkah anda apabila kita memasang lagu atau muzik, kanak-kanak yang baru belajar berdiri ini akan terikut-ikut menggerakkan badan dan kaki mereka.
  • Mereka seakan-akan sedang menghayati dan terangsang untuk bergerak mengikut lagu yang dipasang.
  • Kanak-kanak ini boleh memberi respon yang baik kepada muzik dengan mengikut rentak dan irama melalui pergerakan yang dihasilkan.

Sebagai orang ibu bapa, guru prasekolah serta individu yang berada di sekitar kanak-kanak, perlulah menyedari akan keinginan kanak-kanak ini agar tahap perkembangan kanak-kanak akan mencapai tahap maksimum. Bayangkan jika keinginan anda tidak dapat dipenuhi, mesti emosi anda tidak akan stabil. Jadi, begitu jugalah kanak-kanak. Mereka adalah seperti kita, orang dewasa, cumanya mereka tidak pandai menyatakan hasrat mereka disebabkan kekangan-kekangan yang ada. Jadinya, kita perlulah memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memenuhi keinginan mereka. Betulkan?


Sekian sahaja buat kali ini. Jumpa lagi lain waktu.

5 comments:

  1. terima kasih atas bahan yang dikongsi

    ReplyDelete
  2. terima kasih banyak2 atas sumbangan idea. tapi lebih berterima kasih sekiranya ada sambungannya.

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas maklumat

    ReplyDelete
  4. Tambahan Keinginan Asas Kanak-Kanak
    1. Keinginan untuk bergerak.

    Kanak-kanak suka mengambil peluang untuk bermain dan melibatkan diri dalam sebarang kegiatan fizikal. Waktu yang digemari oleh mereka ialah waktu Pendidikan Jasmani, waktu pulang dari sekolah dan waktu rehat bermula.

    Contoh: Tolong guru angkat buku, ambil kapur di pejabat, mengedarkan buku dan kertas. Mereka suka membantu kerana dengan niat untuk berada luar dari kelas untuk bermain-main.

    2. Keinginan untuk berjaya dan diiktiraf.

    Kanak-kanak bukan sekadar ingin berjaya tetapi inginkan kejayaan itu dihargai.

    Contoh : Mahukan hadiah apabila mendapat markah yang tinggi atau hasil kerja seni yang ditampal dalam kelas. Mereka biasanya mahukan ganjaran pada setiap kejayaan yang dilakukan oleh mereka ini bagi mereka dapat menaikkan semangat mereka dalam meningkatkan lagi pembelajaran mereka.

    3. Keinginan untuk diterima oleh kumpulan sebaya dan sebagai ahli dalam masyarakat.

    Kanak-kanak inginkan diri mereka diterima, disanjung, dihargai dan dihormati oleh orang lain.

    Contoh : Dilantik untuk menjadi ketua kumpulan juga mereka inginkan mereka selalu diterima di kalangan kawan-kawan mereka jikalau tidak mereka akan merasa tertekan dan berperangai lebih-lebih untuk mendapatkan perhatian dari guru dan juga dikalangan masyarakat.

    4. Keinginan untuk bersaing

    Kanak-kanak suka bersaing untuk memperlihatkan kemahiran dan kekuatan fizikal yang setara dengan rakan-rakan sebaya.

    Contoh: Menyiapkan latihan yang diberi dengan segera, ketika sukan diadakan mereka ingin memenangi pertandingan yang dipertandingkan seperti lumba lari. Didalam kelas mereka berusaha untuk menjawab soalan yang diajukan oleh guru untuk menunjukkan kemahiran yang ada di dalam diri mereka.

    5. Keinginan ketangkasan fizikal dan sebagai sumber daya penarik.

    Kanak-kanak gemar kepada aktiviti fizikal dan membentuk penampilan diri atau harga diri untuk menyesuaikan dirinya dalam masyarakat.

    Contoh: Menang dalam sesuatu pertandingan seperti lumba lari. Mereka juga ingin memcuba pelbagai aktiviti luar, seperti nasyid, drama dan sukan dengan itu mereka akan merasa hebat dan teruja dikalangan rakan-rakan mereka yang tidak mampu untuk berbuat demikian.

    6. Keinginan untuk meneroka.

    Kanak-kanak gemar melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan yang luar biasa tetapi menyeronokkan.

    Contoh: Amali solat dan mengambil wuduk di surau.Mereka juga suka mencuba benda yang baru untuk menguji kemahiran dan kepandaian yanga ada di dalam diri mereka seperti membuat ujikaji sains di makmal sains.




    7. Keinginan untuk pencapaian kreatif.

    Kanak-kanak gemar mengalami perkara baru melalui aktiviti kreatif.

    Contoh: Apabila mereka berjumpa dengan benda-benda yang baru mereka dapat menunjukkan pencapaian mereka yang kreatif melalui aktiviti penerokaan yang dilakukan oleh mereka seperti membuat origami, membuat layang-layang atau membuat objek dengan menggunakan tanah liat.


    8. Keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan.

    Kanak-kanak gemar aktiviti yang memberi peluang untuk meluahkan idea mengenai diri dan persekitaran mereka.

    Contoh: Gemar melakukan aktiviti-akktiviti yang baru untuk menunjukkan yang diri mereka hebat dan mampu berbuat demikian dengan idea mereka yang tersendiri. Tepuk tangan, bersorak sambil mengangkat tangan, berlari untuk ke kantin dan padang.tarian, bermain kompang.

    9. Keinginan untuk kefahaman.

    Kanak-kanak mempunyai keperluan dan ingin mengembangkan kefahaman dan ingin mempelajari perkara baru. Justeru itu mereka dapat meneroka, menyentuh dan merasai pemikiran serta interaksi mereka dengan persekitaran.

    Contoh: Suka meneroka benda-benda yang baru dijumpai oleh mereka dengan membuat ujikaji sains di rumah sendiri tanpa dibantu oleh mana-mana pihak walaupun ibu bapa mereka sendiri.

    ReplyDelete