Me

My photo
Alor Star, Kedah, Malaysia

Sunday, January 18, 2009

-->KITARAN HIDUP RAMA-RAMA

Taman bunga menjadi indah apabila dihiasi rama-rama berwarna-warni. Sifat rama-rama yang berterbangan ke sana ke mari tanpa henti mencerminkan betapa bebasnya hidup serangga ini. Rama-rama mencari madu bunga sebagai makanan. Lidah rama-rama yang bergelung itu begitu mudah dilentur untuk menghisap madu dan menyapu debunga.

Tahukah kawan-kawan bahawa secara purata, seekor rama-rama boleh bertelur sebanyak 200 biji. Daripada sebiji telur kecil, lahirlah seekor ulat bulu. Ulat bulu ini mempunyai nafsu makan yang menakjubkan selama dua atau tiga minggu. Kemudian, ulat bulu itu mencari tempat untuk bergayut. Ini menandakan bermulanya satu lagi kejadian hidup rama-rama. Ulat bulu itu akan menjadi seekor kepompong atau pupa. Kepak dan kakinya akan terbentuk. Akhirnya, jadilah seekor rama-rama.



KITARAN HIDUP RAMA-RAMA

1 comment: