Me

My photo
Alor Star, Kedah, Malaysia

Wednesday, January 21, 2009

Pandangan Islam Berlandaskan al-Quran dan Ahli Falsafah dan Pemikir Islam

Islam menekankan perkembangan seseorang kanak-kanak itu biar seimbang daripada segi duniawi dan ukhrawi. Selain itu, pandangan Islam dalam pembentukan kurikulum jelas sekali termaktub dalam pesanan Saidina Ali ra. yang bermaksud, ''didiklah anak-anak mu supaya mereka boleh hidup di zaman yang amat berlainan sekali dengan zamanmu.''

Pendapat 2 orang tokoh yang sangat menarik:

1. Imam al-Ghazali

Imam al-Ghazali memberi penekanan bahawa kanak-kanak perlu:

  • Dididik sejak lahir dan diajar mengenal huruf, menulis, dan membca.
  • Diberikan pendidikan agama berlandaskan al-Quran dan hadis bagi membentuk peribadi mulia.
  • Diberikan latihan jasmani bagi membina kekuatan tubuh badan, kecerdasan minda dan mengelakkan kemalasan.
  • Dilatih mengamalkan budi pekerti yang mulia dan tabiat yang baik.
  • Dilatih mempunyai sifat berani, merendah diri, sabar dan menghormati orang tua serta mentaati kedua ibu bapa.
  • Diberikan nasihat ke atas kesalahan yang dilakukan dan dimarahi sekali sekala sahaja supaya mereka lebih menghormati orang tua.
  • Dibimbing berkenaan kewajipan terhadap agama dan hukum agama Islam apabila mereka sudah cerdik dan berakal.
  • Diawasi oleh ibu bapa kerana mereka mudah terpengaruh oleh persekitaran dan tingkah laku mansyarakat.

2. Ibnu Khaldun

Ibnu Khaldun pula berpendalat kanak-kanak:
  • Perlu menggunakan pelajaran yang disusun dengan baik.
  • Belajar menggunakan pancaindera dan diberikan contoh yang mudah dan konkrit dalam pembelajaran mereka.
  • Perlu didedahkan dengan contoh teladan yang baik.
  • Diajar membaca al-Quran sebelum menghafaknya.
  • Menerima bimbingan dengan lemah lembut, bukan melalui kekerasan.
  • Mudah keliru, apabila diajar dua perkara dalam masa yang sama. Oleh yang demikian, hanya ajar satu perkara pada satu jangka masa.

Kesimpulannya, sebagai guru prasekolah, sama-samalah kita menggunakan pendapat tokoh sebagai panduan pengarajan prasekolah.

Semoga berjaya!!!

* Sumber dari buku Panduan Kurikulum Prasekolah keluaran PTS PUBLICATION & DISTRIBUTION SDN BHD 2003.

No comments:

Post a Comment