Di sini ada satu cerita mengenai kisah hidup rama-rama.
"Kisah Hidupku"
Pada suatu petang, Cik Rama-rama bersiar-siar di kebun bunga. Tiba-tiba dia terdengar satu suara memanggil namanya.
Cik Bunga: Cik Rama-rama, Cik Rama-rama.
Cik Rama-rama pun mencari, siapakah yang memanggilnya. Kemudian, Cik Rama-rama terlihat Cik Bunga melambai-lambai ke arahnya.
Cik Rama-rama: Oh, rupa-rupanya Cik Bunga yang memanggil aku.Kenapa Cik Bunga memanggil saya?
Cik Bunga: Sebenarnya, saya ada satu soalan yang ingin ditanyakan kepada Cik Rama-rama. Sudah lama saya simpan kemusykilan ini.
Cik Rama-rama: Apa yang ingin Cik Bunga tanyakan kepada saya?
Cik Bunga: Bagaimanakah, rama-rama boleh jadi besar dan sangat cantik seperti Cik Rama-rama?
Cik Rama-rama: Oh, terima kasih kerana memuji saya. Baiklah, saya akan ceritakannya. Saya asalnya daripada sebiji telur yang kecil. Kemudian, telur itu akan pecah dan menjadi seekor ulat. Ulat itu akan mencari makanan untuknya membesar. Semasa saya menjadi ulat, saya makan banyak daun. Kemudian, apabila ulat itu kekenyangan, dia ingin berehat. Jadi, ia akan membuat kepompong untuk dirinya. Kepompong tu ialah tempat perlindungan bagi ulat untuk berehat. Selepas beberapa hari kemudian, kepompong itu akan pecah dan jadilah rama-rama yang cantik.
Cik Bunga: Oh, begitu rupanya. Terima kasih Cik Rama-rama kerana sudi menceritakan kisah kitaran hidup rama-rama kepada saya.
Cik Rama-rama: Sama-sama. Baiklah, Cik Bunga, saya minta diri dulu ya. Kawan-kawan saya sedang menunggu saya.
Cik Bunga: Baiklah, selamat tinggal Cik Rama-rama.
***************************
Beginilah kisah hidup seekor rama-rama.
No comments:
Post a Comment