Me

My Photo
Alor Star, Kedah, Malaysia

Thursday, March 5, 2009

-->Rancangan Pengajaran

Ahli Kumpulan:

Nur Farhana Mohd Radzi
Nurul Liyana Ismail
Nor Shahlina Wahid
Wan Zaleha Wan Hashim

*****************************************************************





Kelas

: Mukmin

Bil Pelajar

: 15 orang kanak-kanak

Komponen

: Kerohanian dan Moral

Tema

: Pengembaraan

Topik

: Mengenal Huruf Jawi

Kandungan

: Asas Bahasa Al-Quran dan Tulisan Jawi

5.1 Mengenal Bahasa Al-Quran

Hasil Pembelajaran (Kurikulum)

5.1.1 Mengenal Bentuk Huruf dan Menyebut

Huruf Hijaiyah

Hasil Pembelajaran (slot/aktiviti)

: Pada akhir pengajaran kanak-kanak dapat :

a. Mengenal Huruf Hijaiyah

b. Menyebut Huruf Hijaiyah


Pengetahuan Sedia Ada Kanak-kanak:

a. Kanak-kanak pernah mendengar lagu "Alif Baa Taa".

b. Kanak-kanak pernah melihat huruf-huruf Hijaiyah.

c. Kanak-kanak telah selesai mempelajari semua Huruf-huruf Hijaiyah.



Alat / Bahan Bantu Mengajar:

a. Alatan media: Komputer, Pembesar Suara.

b. Video Lagu "Alif Baa Taa"

c. Carta Huruf Hijaiyah

d. Sebutan Huruf Hijaiyah

e. Permainan Huruf Hijaiyah

f. Lembaran Kerja Huruf Hijaiyah




Penggabungjalinan Komponen:


Bahasa dan Komunikasi ; Perkembangan Kognitif ; Perkembangan Fizikal ; Perkembangan Kerohanian dan Moral; Perkembangan Sosioemosi ; Kreativiti dan Estetika.



Pengembangan Isi Pengajaran


SET INDUKSI(5 minit)

Nyanyian

- Guru mengarahkan kanak-kanak berdiri dan bersedia untuk menyanyikan lagu "Alif Baa Taa".

- Guru memasang dan memperlihatkan kepada kanak-kanak video lagu "Alif Baa Taa".

- Kanak-kanak yang sedia tahu menyanyikan lagu "Alif Baa Taa" akan turut menyanyikan lagu tersebut.

- Kanak-kanak yang tidak pernah tahu akan mendengar dan cuba untuk mengikuti lagu tersebut.



AKTIVITI 1 (10 minit)

Mengenal Huruf di Carta

- Guru menunjukkan paparan Carta Huruf Hijaiyah di komputer untuk memperkenalkan sejumlah Huruf Hijaiyah.

- Guru membuka paparan Sebutan Huruf Hijaiyah satu-persatu.

- Guru menekan paparan Sebutan Huruf Hijaiyah satu-persatu.

- Setelah itu, guru meminta kanak-kanak menyebut bersama-sama satu persatu Sebutan Huruf Hijaiyah.

- Kanak-kanak menyebut huruf yang ditunjukkan oleh guru satu-persatu.



AKTIVITI 2 (10 minit)

Susunan Huruf Hijaiyah

- Guru memberikan setiap kanak-kanak satu Huruf Hijaiyah yang berbeza.

- Guru meminta kanak-kanak untuk menyusun huruf-huruf tersebut di papan putih di hadapan kelas.

- Semasa kanak-kanak datang kehadapan, guru meminta kanak-kanak menunjuk dan menyebutkan huruf yang diperolehi.



AKTIVITI 3 ( 10 minit )

Permainan Membunyikan Huruf Hijaiyah

- Guru membuka paparan Permainan Huruf Hijaiyah.

- Guru memanggil seorang demi seorang kanak-kanak ke hadapan untuk memilih huruf yang disukai dan membunyikan huruf tersebut.

- Kanak-kanak akan datang ke hadapan dan memilih salah satu huruf hijaiyah yang digemari dan membunyikan huruf tersebut.

- Kanak-kanak lain melihat dan menyebut bersama-sama huruf yang dipilih.



PENUTUP (5 minit )

Nyanyian

- Guru memasang video lagu "Alif Baa Taa".

- Guru dan kanak-kanak menyanyi lagu "Alif Baa Taa" sambil bergerak mengikut gaya masing-masing.



RASIONAL BAHAN BANTU MENGAJAR



1. Video Lagu "Alif Baa Taa"


Video digunakan bagi memperkenalkan kepada kanak-kanak Huruf-huruf Hijaiyah dengan menarik dan seterusnya dapat menimbulkan minat kanak-kanak untuk terus belajar. Ia menjadi asas dan gambaran awal mengenai huruf-huruf tersebut.Bagi penutup, melalui nyanyian, guru boleh mengenalpasti kanak-kanak yang masih belum boleh menguasai sebutan Huruf Hijaiyah. Jadi langkah berikutnya boleh diambil oleh guru bagi menangani masalah ini.



2. Carta Huruf Hijaiyah


Carta Huruf Hijaiyah mempunyai pelbagai guna. jika guru ingin fokuskan kepada beberapa huruf, guru boleh memberitahu kepada kanak-kanak huruf yang ingin difokuskan. Penyediaan carta secara keseluruhannya bagi membolehkan kanak-kanak yang sudah boleh menguasai huruf hijaiyah bermain-main dengan carta tersebut. Pada peringkat awal, pengenalan semua huruf adalah penting sejajar dengan konsep dari umum kepada khusus yang kami gunakan.



3. Sebutan Huruf Hijaiyah


Penyediaan bahan Sebutan Huruf Hijaiyah secara keseluruhannya bagi membolehkan kanak-kanak meneroka sendiri huruf-huruf hijaiyah di luar sesi pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan bahan ini juga tidak memerlukan bimbingan dalam sebutan kerana apabila sesuatu huruf dipamerkan, satu suara akan keluar bagi menyebut huruf berkenaan dan kanak-kanak boleh mengulanginya seberapa banyak yang boleh dan suka. Kanak-kanak akan berasa gembira kerana apabila mereka menekan ikon, satu suara akan keluar. Jadi ia akan meningkatkan motivasi kanak-kanak untuk mengenal huruf-huruf hijaiyah. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, guru boleh memilih huruf-huruf yang ingin diperkenalkan kepada kanak-kanak dan klik kepada huruf yang dikehendaki. Jadi guru bertindak sebagai pengawal kepada bahan yang digunakan. Penyediaan bahan ini adalah bagi memudahkan guru dalam memperkenalkan huruf hijaiyah secara keseluruhannya.



4. Permainan Huruf Hijaiyah


Bagi permainan ini, guru boleh mempelbagaikan kaedah dalam menggunakan permainan ini dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Antaranya guru boleh memilih huruf dan meminta kanak-kanak menyebut huruf dan "dragkan" huruf ke tempat yang diperlukan. Misal kata guru hanya fokus kepada beberapa huruf, guru boleh meminta kanak-kanak memilih huruf berkenaan dan "dragkan" ke tempat berkenaan. Cara lain adalah dengan kanak-kanak cabutan huruf bertuah. Jadi kanak-kanak akan memilih huruf yang diperoleh dan menjalankan proses membunyikan dan memadankan. Selain itu, penyediaan permainan ini bagi membolehkan kanak-kanak yang sudah menguasai huruf-huruf hijaiyah menguji kebolehan mereka. Di samping itu, kanak-kanak boleh menerokai sendiri huruf-huruf hijaiyah.



5. Lembaran Kerja Huruf Hijaiyah


Bagi bahan ini, jika guru memperkenalkan hanya beberapa huruf, guru boleh mencetak hanya kepada huruf yang berkenaan. Bahan ini disediakan bagi aktiviti pengayaan kepada kanak-kanak yang sudah boleh menyebut dan kenal huruf hijaiyah. Selain itu, bagi kanak-kanak yang suka meneroka, mereka boleh mencetaknya sendiri bagi menjalankan aktiviti ini. Cara penulisan huruf yang betul juga ditunjukkan. Di samping itu, guru juga boleh menggalakkan kanak-kanak menyebut huruf yang ditulis sambil menulis huruf berkenaan.



* Penyediaan bahan bantu ini bagi memudahkan pengajaran guru dalam memperkenalkan keseluruhan huruf hijaiyah. Guru boleh memanipulasi penggunaan bahan jika ingin mengajar beberapa huruf. Selamat Berjaya...

No comments:

Post a Comment