Me

My photo
Alor Star, Kedah, Malaysia

Friday, March 6, 2009

--> HURUF HIJAIYAH


Video Lagu "Alif Baa Taa"

(Klik Simbol >)



Carta Huruf Hijaiyah

(Klik Gambar)




Sebutan Huruf Hijaiyah

(Klik Gambar)




Permainan Huruf Hijaiyah

(Klik Gambar)





Lembaran Kerja Huruf Hijaiyah

(Cetakan - Aktiviti Pengayaan)


(Klik Gambar)



******************************************************************

Kepada ahli-ahli kursus PPS215, masalah ruangan komen telah diselesaikan. Anda boleh komen post seperti biasa. Harap Maklum.

57 comments:

  1. Kepada ahli-ahli kursus PPS215, masalah ruangan komen telah diselesaikan. Anda boleh komen post seperti biasa. Harap Maklum.

    ReplyDelete
  2. Salam..Bagi saya rancangan pengajaran ini adalah sesuatu yang menarik kerana menerusi blog ini, kanak-kanak dapat belajar dengan seronok. Hal ini disebabkan terdapatnya nyanyian yang berdasarkan video, aktiviti yang menarik yang boleh mengukuhkan kefahaman mereka, serta permainan secara on-line.
    Sekian,terima kasih-Shim

    ReplyDelete
  3. Rancangan Pengajaran ini sangat menarik. Tapi, saya rasa tak sesuai kalau nak memperkenalkan kesemua huruf-huruf hijaiyah dalam masa 30 minit. Mungkin boleh fokus kepada beberapa huruf.

    ReplyDelete
  4. salam.semuanya menarik dan baru, jika mahu kanak- kanak menyebut, mungkin memerlukan masa. apa kata perbanyakkan lagi aktiviti amali. apa pun syabas dan taniah..

    ReplyDelete
  5. salam..pada pendapat saya idea untuk mengajar kanak-kanak huruf-huruf hijaiyah adalah sesuatu yang baru..tahniah kepada kumpulan 1!selain itu, aktiviti yang dipilih juga menarik bagi kanak-kanak dan berkembang dari tahap yang mudah kepada yang lebih sukar.kita dapat lihat semasa set induksi, kanak-kanak akan diajar menyebut huruf-huruf hijaiyah melalui lagu.kemudian, kanak-kanak akan mengenal bentuk huruf-huruf hijaiyah dan akhir sekali mereka akan menulis sendiri huruf tersebut.saya berpendapat bahawa objektif pengajaran ini akan tercapai dengan jayanya.congratulation!

    ReplyDelete
  6. salam.. satu kelainan berbanding RP kumpulan yang lain dengan mengajar huruf hijaiyah kepada kanak-kanak Islam terutamanya. cadangan saya agar dihadkan untuk beberapa huruf terlebih dahulu dalam 30 minit sesi pengajaran. kalau hendak diajar semuanya bimbang tidak akan mencapai objektif pembelajaran nanti. overall bagus.. keep on good job...

    ReplyDelete
  7. RP yang menarik..cume meera kurang bekenan utk aktiviti 3.klo kte suruh knk2 pilih huruf yg diorang ske utk dibunyikan, kemungkinan utk knk2 tiru bunyi kwn2 je adalah tinggi. pastu knk2 yg xberapa reti sebut huruf yg agk susah (spt 'dha', 'lam alif', 'sod') xkn mencuba utk myebutnya.klo bleh, bia guru tentukn huruf yg hrus dbunyikn.cth: bt mcm kotak beracun.amik satu kertas tulis huruf yg perlu dbunyikn.

    ReplyDelete
  8. asalamualaikum.. pada pendapat saya, rancangan pengajaran bagi kumpulan ini menarik, aktiviti-aktiviti yang disediakan juga menarik. Hal ini kerana bahan-bahan pengajaran yang digunakan seperti video dapat menarik minat kanak-kanak untuk mempelajari,mengenal dan menyebut huruf-huruf hijaiyah bersama-sama.Aktiviti yang disediakan juga menarik minat kanak-kanak ditambah lagi dengan lembaran kerja untuk pengukuhan kanak-kanak.Tetapi,kumpulan ini boleh mengambil sekurang-kurangnya 5 huruf hijaiyah untuk memperkenalkan huruf-huruf tersebut supaya kanak-kanak lebih mudah menerima dan mempelajari huruf-huruf tersebut satu persatu.Aktiviti-aktiviti yang disediakan merangkumi kesemua kemahiran yang perlu ada pada kanak-kanak iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kesemua ini dapat dilihat satu persatu daripada set induksi hingga aktiviti yang terakhir.oleh itu secara keseluruhannya, rancangan pengajaran kumpulan ini baik, boleh dikongsi bersama dan menarik.

    ReplyDelete
  9. salam..saya nk ucapkan tahniah kepada kump anda kerana berjaya mencari kelainan berbanding dengan kump lain dengan memperkenalkan huruf hijaiyah sebagai tajuk utama dalam rancangan pengajaran..Penggunaan blog sebagai medium untuk anda mengajar huruf hijayah adalah bertepatan sekali,kerana ia mampu menarik minat kanak-kanak prasekolah. Di sini juga, saya dapat melihat kreativiti kump anda sebagai guru untuk menjadikan blog anda sebagai alat bantu mengajar yang paling utama dalam rancangan pengajaran kump anda. Seterusnya, komen saya terhadap aktiviti yang dipilih untuk mengajar huruf hijaiyah sangat menarik dengan adanya aktiviti nyanyian, permainan huruf hijaiyah, dan lembaran kerja huruf hijaiyah. Aktiviti yang dipilih ini mampu menarik perhatian kanak-kanak terhadap proses p&p kerana kita tahu kanak-kanak memang suka belajar sambil bermain. Jadi sememangnya bertepatan sekali aktiviti nyanyian dan permainan dimasukkan sebagai aktiviti untuk mengajar huruf hijaiyah, kerana sambil bermain dan bernyanyi kanak-kanak dapat belajar huruf hijaiyah tersebut. Namun begitu, pada pandangan saya lebih baik jika kump anda mengajar beberapa huruf terlebih dahulu kepada kanak-kanak seperti huruf “alif “hingga “sa” supaya kanak-kanak dapat mengingat dengan cepat. Huruf ini lebih mudah kerana kita dapat melihat corak huruf di antara huruf “ba” hingga “sa” seakan sama. Jadi ini memudahkan kanak-kanak mengingat huruf hijaiyah tersebut. Itu sahaja komen drpd saya..terima kasih..

    ReplyDelete
  10. salam
    leson plan yang menarik
    tapi mungkin cikgu lupa
    kan tak boleh ajar terlalu banyak sangat huruf
    so kecilkan skop huruf

    ReplyDelete
  11. salam.
    saya ucapkan tahniah kepada kumpulan ini memperkenalkan suatu pengajaran yang menarik dan juga kreatif.
    saya berpendapat tidak sesuai dengan pengajaran semua huruf dalam masa 30 minit.

    dan aktiviti yang ketiga, mungkin mengambil masa yang lebih lama, kerana guru akan memanggil seorang demi seorang untuk pergi ke hadapan untuk memilih huruf yg disukai dan membunyikannya.

    dan penutup, banyak pengulangan dilaksanakan contohnya dengan mengulang lagi nyayian, tapi boleh x guru menjalankan aktiviti menilai kanak-kanak itu sama ada mereka tahu menyebutnya huruf jizyah apabila guru menunjukkan gambar huruf jizyah itu tanpa ada nyanyian. hal ini untuk memastikan kanak-kanak kenal bentuk huruf dan tahu membunyikannya dengan tepat.

    ReplyDelete
  12. salam..tahniah kpd kump anda, sememangnya diakui tiada lg RP spt ini dilakukan sblm ini. ini membuktikan bahawa dgn adanya blog dan penggunaan tech & ICT, mampu membantu para guru khususnya dlm mperkenalkan huruf jawi kpd kanak-kanak. namun, kekangan masa masih lg menjadi perkara utama dlm menjayakan p&p ini maka, ada baiknya jika kumpulan anda memilih beberapa huruf (dlm 4 huruf pertama) & diikuti 4 huruf yg berikutnya pd sesi p&p yg lain pula. secara tdk lgsung ia memudahkan kefahaman knk2 utk menghafaz, mengingat dan mengaplikasikan dlm khdupan seharian.wateva, its a great job...well done!

    ReplyDelete
  13. salam,pada pendapat saya blog ini sangat menarik kerana topik pengajarannya lain dari yang lain.Biasanya kita agak jarang menemui blog yang mengetengahkan tentang aspek kerohanian dan moral.Pengajaran yang cuba disampaikan dapat membantu kanak-kanak menyebut dan mengingati huruf-huruf hijaiyah terutamanya dengan penggunaan ABM yang banyak dan menarik.Tahniah kumpulan 1.Teruskan usaha.Sekian.

    ReplyDelete
  14. Salam...blog anda amat menarik perhatian saya...dan saya juga pasti kanak-kanak juga akan tertarik dengan blog anda ini...pada permulaan bagi saya tidak salah untuk memperkenalkan kesemua huruf itu. hal ini kerana kanak-kanak akan mudah ingat melalui lagu yang disediakan dalam video itu... namun begitu lebih baik mengecilkan skop huruf agar kanak-kanak lebih menganali dan mengecam huruf-huruf dan bukan sekadar menghafal susunan huruf semata-mata..tahniah....selamat maju jaya...

    ReplyDelete
  15. salam...bagi saya blog ini menarik dan dapat menarik minta kanak-kanak untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran kerana terdapat pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan bagi pengajaran huruf hijaiyah. Tetapi untuk tempoh masa 3o minit ia kurang sesuai untuk pengajaran semua huruf, kemungkinan boleh fokus kepada 5 huruf awalan sahaja.

    ReplyDelete
  16. hi che wan & the gang,
    nice lesson plan & amat sesuai utk kk but need some improvement contohnya fokus pada 5 huruf pertama sahaja dulu jd kk akan lebih mudah ingat dan lebih mudah mencapai objektif..rasanya tak perlu kot nyanyian untuk akt.2...banyak sangat nyanyi

    ReplyDelete
  17. salam..pada pandangan saya RP memperkenalkan huruf hijaiyah ni bagus kerana tiada lagi kumpulan lain yang membuatnya. Tetapi adalah lebih baik sekiranya kump ni memperkenalkan sedikit demi sedikit huruf hijaiyah ni kepada kanak-kanak. contohnya, 5 huruf hijaiyah yang terawal, supaya kanak-kanak dapat mengingat dan mempelajarinya dengan lebih berkesan. selain tu, kump ni boleh juga memperkenalkan objek di sekeliling kanak-kanak yang dimulai dengan huruf hijaiyah yang mereka pelajari. sebagai contohnya, huruf "ba" untuk batu dan sebagainya mengikut kesesuaian supaya kanak-kanak dapat mengaitkan huruf hijaiyah ni dengan objek disekeliling mereka.

    ReplyDelete
  18. Salam...first of all, tahniah kpd kump 1 sbb b'jaya membuat rp yg lain dari yg lain. Saya rasa inilah rp p'tama yg saya jumpa yg ajar KK mengenal dan menyebut huruf hijaiyah. Tp kn, pd pndpt saya, KK tidak dpt mengenal kesemua huruf hijaiyah dalam jangka masa yg singkat shja iaitu selama 30 minit. KK maybe tidak mempunyai mslh tuk menyebut semua huruf hijaiyah dalam masa yg singkat sebab mereka dpt m'hafal lagu huruf2 hijaiyah dengan cpt. Sepertimana yg kita tahu, KK memang suka menyanyi..So, saya ingin mencadangkan supaya guru hanya memperkenalkan dan mengajar KK hanya bbrp huruf hijaiyah sahaja kpd KK sebagai p'mulaan. Sebagai cth, guru boleh ngajar hanya 5 huruf sahaja dulu kpd KK. Then, bila KK dh dpt kuasai (dapat kenal dan sebut)5 huruf t'sebut, guru bleh ajar huruf2 yg strusnya pd sesi pnp yg akan dtg..Lg 1, guru maybe boleh kurangkan aktiviti menyanyi dlm rp ni. Hal ini untuk mengelakkan KK drpd bosan kerana terlalu kerap menyanyi. Tq..

    ReplyDelete
  19. bagus la blog ini sebab dapat memberi alternatif lain untuk mengajar kanak-kanak tentang huruf hijaiyah.namun, guru perlu memberi fokus kepada beberapa huruf sahaja untuk diajar supaya kanak-kanak dapat menguasainya dengan baik dalam masa 30 minit.saya mencadangkan supaya perancangan dan penyusunan yang rapi perlu dijalankan dengan menentukan bilangan huruf yang perlu diajar dalam 1 masa p&p.menarik2..

    ReplyDelete
  20. kump 1 ~ TAHNIAH sebab RP lain dr yg biasa..

    utk aktiviti 3..mungkin akan mengambil masa yg lama utk panggil setiap sorang KK datang ke depan dan pilih huruf kegemaran mereka. KK juga akan berebut dgn rakan huruf yg mereka suka dan ada yg akan iri hati ssb x dpt huruf yg mereka nak...Jd mgkin lebih baik guru yang tentukan huruf yg hendak disebut kemudian baru panggil KK dtg ke depan.Dgn cara ni semua huruf dapat disebut dan masalah berebut huruf dapat diselesaikan..

    ok..ni je komen dr fie a.k.a SH.NoRaFiZa(~_^)..

    ReplyDelete
  21. Blog yang menarik tapi kalau boleh huruf-huruf hijaiyah tu dibuatkan untuk 2 minggu ataupun boleh juga kalau 1 hari untuk 4 atau 5 huruf untuk memastikan kanak-kanak ingat.
    Sekian.

    ReplyDelete
  22. saya suka pada blog ini. Bagi saya, isi kandungan ini adalah suatu pengetahuan yang baru. (saya kan orang cina,haha..) saya rasa lagu video agak sedap, tetapi saya tidak faham subtittlenya,haha...isi kandungan rancangan pengajaran ini sistematik dan senang diajar, saya pun senang belajar. tetapi, saya rasa guru patut memainkan muzik dan biarkan kanak-kanak membuat pergerakan mengikut kreativiti masing-masing, jangan ikut pergerkan dalam video. Itu saja daripada saya, GOOB JOB!:)

    ReplyDelete
  23. HP dicapai dengan adanya latihan dan aktiviti yang sesuai..permainan sangat sesuai dengan aktiviti di sebelumnya..Tetapi dalam aktiviti 2, guru boleh demontrasikan pergerakan dulu then baru suruh kanak-kanak bergerak..
    Terima kasih...

    ReplyDelete
  24. SYAZWANI RASELI (94162)

    SLM..terlebih dahulu tahniah diucapkan kpd kumpulan anda kerana berjaya mencipta kelainan drp kump lain. Idea yang dipilih juga kreatif dan dpt membantu guru2 utk mengajar tentang huruf2 jawi. Pemilihan tajuk ini amat bersesuain dgn situasi skrg y kita sedia mklum bhw kebykkn tadika atau prasekolah swasta lebih menekankan komponen bahasa inggeris semata2 terutamanya di bandar2 bsr. Dgn adanya blog seperti ini ia dpt membantu guru2 serta ibu bapa yg ingin mengajar kpd anak2 mereka utk mengenal dan membaca huruf2 jawi bg memudahkan mrk utk membaca al-quran kelak. Sekali lg syabas diucapkan. Ilmu dan Rp ini amat berguna dan dpt dikonggsi dgn rkn yg lain..

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum...blog kumpulan 1 ini amat menarik dan unik berbanding dengan kumpulan yang lain.Tahniah saya ucapkan kepada semua ahli kumpulan 1 yang mendapat idea untuk mengajar huruf jawi kepada kanak-kanak. idea seperti ini jarang ditemui dan amat bagus sekali bagi menarik perhatian kanak-kanak untuk belajar dan bermain dengan huruf jawi yang semakin dilupakan dan dipinggirkan kini. langkah aktiviti yang digunakan oleh kumpulan ini juga amat berkesan dan mengikut minat dan keperluan yang diperlukan kanak-kanak. tahniah kepada kumpulan 1..

    ReplyDelete
  26. salam... tahniah kerana berjaya menghasilkan sebuah RP yg baek dan unik.. cuma pd pendpt sy, perkenalan terlalu byk huruf pada permulaan mungkin tidak sesuai.. mungkin di awal perkenalan, beberapa huruf di awal sahaja dlu yg diberi penekanan supaya kanak-kanak tidak merasakan suatu bebanan apabila melihat terlalu byk huruf sekaligus... apa2 pun tahniah dan moga maklumat nie dpt dikongsi dan memberi manfaat kpd yg laen...sekian...salam...

    ReplyDelete
  27. tahniah pada kumpulan 1..
    rancangan pengajaran yang menarik...
    di sini dapat dilihat penggunaan multimedia yg banyak membantu guru mempelbagaikan rancangan pengajaran serta aktiviti..
    jika dilihat dari segi hasil pembelajaran jelas..
    tapi mungkin guru boleh memfokuskan kepada beberapa huruf kerana kanak-kanak mungkin tidak dapat mengingati semua huruf pada masa yang sama..
    sekian terima kasih.... =)

    ReplyDelete
  28. assalamualaikum...
    tahniah diucapkan kepada kumpulan 1 kerana berjaya menghasilkan satu rancangan pengajaran yang menarik. Pada pendapat saya blog anda boleh menarik minat kanak-kanak untuk mengenal hufuf Hijaiyah. Banyak aktiviti yang terdapat dalam rancangan pengajaran kumpulan anda dan hal ini akan membantu kanak-kanak untuk belajar.
    Rancangan pengajaran anda sesuai untuk kanak-kanak yang telah diberi pendedahan mengenai kesemua huruf hijaiyah kerana dapat membantu mengingatkan kanak-kanak ke-26 huruf hijaiyah tersebut. Secara keseluruhan, menarik...

    ReplyDelete
  29. salam.pada pandangan saya RP ini membawa pembaharuan kepada pengajaran Pendidikan Islam ke atas kanak-kanak. Hal ini kerana, tiada inisiatif yg dilakukan oleh para guru untuk meningkatkan kefahaman kanak-kanak mengenai huruf hijaiyah. Penggunaan video untuk menarik minat kanak-kanak amat bersesuaian kerana kanak-kanak meminati benda yang berbunyi. Aktiviti permainan juga sesuai dengan perkembangan kanak-kanak.

    ReplyDelete
  30. salam...alat bantu mengajar yang bagus.semua gambarajah dan juga video yang dipaparkan sangat memudahkan bagi kanak-kanak untuk belajar.satu lagi kalau boleh fokuskan pada peringkat yang lebih senang dahulu. ajar secara berperingkat.apapun tahniah

    ReplyDelete
  31. alhamdullilah...berjaya jugakk...
    pasal blog you all ni, memang tak tersangka la you all wat pasal huruf jawi..bagus2...
    memang idea baru, tetapi you all berjaya cari bahan-bahan yang sesuai. pasal lagu tu memang menarik, coz my sisters yang kecik2 pun suka sangat ngan lagu ni, memang dengar 2,3x, dah bleh hafal huruf.. tapi better fokuskan beberapa huruf je dahulu, lagi mudah ingat...

    ReplyDelete
  32. salam che wan n da gang...waa...rp yang hebat...strategi mengajar yang mudah kepada kanak-kanak. dan yang menarik mengenai rp korang ni, ajar huruf-huruf hijaiyah..laen dari yang lain..erm...aktiviti-aktiviti yang disertakan juga menarik dan mampu dicatch up oleh kanak-kanak..okeh...ops...tapi kalau ajar kanak-kanak, elok diajar sedikit demi sedikit huruf hijaiyah. contohnya dalam seminggu ajar 10 huruf dulu ke.. ok x??hehe..that's all...sayonara..

    ReplyDelete
  33. salam...tahniah diucapkan di atas kelainan kumpulan anda.
    komen saya, kalau boleh gunakan perkataan yang mempunyai suku kata yang pendek sahaja misalnya dua suku kata.
    terima kasih

    ReplyDelete
  34. salam..bagi saya rancangan mengajar yang menarik dan menyeronokan. hal ini boleh dilihat di set induksi,penggunaan kaedah nyanyian dapat menimbulkan minat kanak-kanak untuk mempelajari huruf hijaiyah serta boleh meningkatkan kecerdasan muzikal kanak-kanak. seterusnya dalam aktiviti yang dijalankan boleh meningkatkan kemahiran mendengar apabila kanak-kanak boleh mendengar huruf dan mengikut bunyi yang dimainkan secara tidak langsung boleh membantu kanak-kanak mengingati dan menyebutnya secara berulang kali sehingga mereka boleh menyebut dengan betul.Selain itu, aktiviti 2 membolehkan kanak-kanak memadan huruf yang sama untuk menguji deria mata mereka sama ada dapat mengenali huruf yang sama serta dapat memandankan huruf dengan betul atau salah bergantung kepada kefahaman kanak-kanak tersebut. aktiviti 3 lembaran kerja boleh mangasah otot halus kanak-kanak dan dapat melatih kanak-kanak mengingati nama huruf dengan bentuk huruf yang ditulis.

    ReplyDelete
  35. salam....
    tahniah la pasal RP ni....tp saya cadangkan supaya guru membahagikan huruf-huruf tersebut kepada beberapa bahagian....contohnya pada hari isnin, guru mempelkenalkan 5 huruf terlebih dahulu, selasa lagi 5 huruf, rabu lagi 5 huruf dan seterusnya. Kanak-kanak tiidak akan dapat fokus kesemua huruf dan bentuk huruf2 tersebut berserta bunyinya dalam 1 hari.Jadi.pecahkan ia kepada beberapa bahagian.

    ReplyDelete
  36. salam.....
    tahniah saya ucapkan kpd che wan n kwn2 coz dapat buat satu RP yang menarik dan menyeronokkan..tp rs nye x sempat kot klu semua nk main n nk blaja kesemua huruf hijaiyah dalam satu masa..msti fokus bbrpa huruf saje...pe2 pun tahniah sy ucapkan

    ReplyDelete
  37. salam...rp kump ni baik, lian dari kump lain..lg plak mgjar ttg penddkan agma Islam jarang dpt jumpe..tp melihat kpd obj anda iaitu knk2 dpt mengenal dan menyebut huruf hijaiyah sy rase huruf trsbt terlalu byk tk lesson plan yg hanya 30 minit..jd mgkin anda boleh spesifik utk huruf2 tertentu dan mgkin anda boleh menyambung huruf2 lain pada hari yg lain pula..k tq..gud luck

    ReplyDelete
  38. Salam..wah,hebat la blog ni.sy yg dh dewasa pn seronok wt aktiviti ni,kanak2 apatah lg..
    syabas diucapkan kpd che wan n rakan2..
    byk aktiviti yg blh dilakukan oleh kanak2.mmg menarik sgt2.tp cikgu2 kne ingt,kte hnya ada 30 minit je nk ngajar kanak2.nk ajar satu2 bnde tu ambk masa yg lama jgk.sbb pembelajaran 2 adlh satu bnda baru bg kanak2..
    erm,satu lg.psl HP tu.'kanak2 dpt mengenal huruf hijaiyah'.kenal mcmna tu?subjektif tu..
    overall,bagus n teruskan kje yg bagus ini kpd yg lebih bagus lg.INSYALLAH..
    congratulations!!

    ReplyDelete
  39. salam..
    bagi saya kumpulan c.wan telah menyediakan rancangan pengajaran yang menarik kerana dalam aktiviti yang dijalankan, guru memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memilih sendiri huruf masing-masing. Aktiviti nyanyian yang disertai dengan pergerakan mampu menarik minat kanak-kanak. Akan tetapi, pada pendapat saya terlalu banyak huruf yang ingin diajar dalam satu sesi pengajaran. Masa pengajaran yang ada tidak mancukupi untuk memastikan kanak-kanak faham tentang semua huruf-huruf tersebut.

    ReplyDelete
  40. salam......sy suka dngn blog nie. kump. nie membuat kelainan bl mngjr huruf hijaiyah. tak ada lg kump. yg membuat pngjrn ini. bagus idea kump. nie. cuma kalo blh....bila guru hendak prknlkan huruf-huruf nie...jgn knlkn semua dlm masa yg serentak. knk2 akan mudah lupa....knlknlah dalam 2 @ 3 huruf sahaja...

    ReplyDelete
  41. salam...
    RP ini lain dari lain..
    Pendidikan islam perlu diterapkan dalam pengajaran di Prasekolah. Mungkin kump ni boleh membuat 1 aktiviti yang membolehkan kanak-kanak menulis. cthnya, dgn menggunakan mouse komp. kanak-kanak boleh membuat huruf jawi. apa2 pn saya suka dengan RP ni...thanks

    ReplyDelete
  42. salam...aktiviti pengajaran memang menarik, dan lain dari yang lain .pengajaran ini sesuai untuk blog tetapi tidak dapat diaplikasikan sepenuhnya dalm pengajaran 30 minit di dalam kelas kerana aktivitinya banyak.. Bg lembaran kerja huruf hijaiyah memang menarik tetapi timbul kekeliruan kanak-kanak antara ejaan bahasa jawi dan arab..Dalam lembaran ini buah nanas disebut bahasa arab..lebih baik sekirany a di tukar ke dalam bahasa jawi rumi kerana kanak-kanak mudah ingat dan kenal nama buah tersebut dan bunyi huruf yang sesuai..wssalm

    ReplyDelete
  43. salam..tahniah untuk c wan n the group..RP yg menarik dan lain dari yg lain..aktiviti bnyk dan menarik untuk guru gunakan bg mengajar kanak-kanak prasekolah..tp untuk masa 30 minit rasanya kanak2 x dpt nk mengenal dan menyebut semnuanya sbb banyk..ok lah, 2 je..apa2 pn, RP ni mmg menarik, tahniah sekali lagi..
    (siti suriati)

    ReplyDelete
  44. SALAM...PERHATIAN KEPADA ANDA DAN AHLI KUMPULAN..
    BLOG KUMPULAN 11 (http://fantaghirokids.blogspot.com) TELAH MENGALAMI SEDIKIT KESILAPAN TEKNIKAL YANG MENYEBABKAN POSTING UTK RP TELAH TER'DELETE' SEKALIGUS HILANG TERUS KOMEN-KOMEN DARIPADA RAKAN-RAKAN SEBELUM INI. KINI IA TELAH DIBINA SEMULA DAN KAMI MENGHARAPKAN KOMEN SEMULA DARIPADA RAKAN-RAKAN PPS215 SEKALIAN. SEGALA KESULITAN ADALAH TIDAK DISENGAJAKAN DAN AMAT DIKESALI. KOMEN RAKAN-RAKAN AMATLAH KAMI ALU-ALUKAN. TERIMA KASIH. HARAP MAKLUM. (",)

    ReplyDelete
  45. assalamulaikum che wan dan rakan-rakan..rancangan pengajaran yang dibuat kumpulan ini memang lain daripada yang lain. seperti yang kita tahu, pembelajaran huruf-huruf hijaiyah biasanya dijalankan secara tradisional iaitu melalui kaedah membaca pada kad atau buku Iqra' sahaja. berbanding kumpulan ini, rancangan pengajaran yang dibuat sangat pelbagai dan mempu merangsang kanak-kanak untuk terus memberi perhatian dan terlibat sepenuhnya semasa pengajaran dan pembelajaran. namun, berdasarkan pengetahuan sdia ada kanak-kanak iaitu mereka hanya pernah mendengar lagu "Alif Baa Taa" dan
    melihat huruf-huruf Hijaiyah..pengajaran dalam masa 30 minit tidak boleh dijalankan untuk mempelajari semua huruf. kanak-kanak tidak akan dapat menguasai kesemua huruf-huruf hijaiyah tersebut dalam masa yang singkat. guru boleh mengajarkan huruf-huruf hijaiyah yang awal kemudian pada pengajaran yang berikutnya mengajar huruf-huruf yang seterusnya iaitu daripada peringkat rendah kepada yang lebih tinggi. secara keseluruhannya rancangan pengajaran ini memang sangat menarik dan berkalung-berkalung dan berbakul-bakul tahniah untuk semua ahli kumpulan ini.syabas!!hi2...

    ReplyDelete
  46. salam...tahniah kpd semua ahli kumpulan...satu RP yang berlainan dan menarik...sesuai untuk menarik minat kanak-kanak dlm mengenali huruf hijaiyah..kanak-kanak juga dapat membuat aktiviti2 yang disediakan...melalui video nyayian kanak-kanak dapat mendengar dan menyebut huruf dengan betul...cuma pada pendapat saya lebih elok jika ditekankan hanya beberapa huruf sahaja dalam masa 30 minit...supaya kanak-kanak lebih faham dan mudah ingat...

    ReplyDelete
  47. salam...che wan n d gang....firstly,nak ucap tahniahlah coz dapat buat lesson plan yang rasanya menarik dan mencapai objektif...aplikasi ICT pun dimanfaatkan sebaik mungkin dalam aktiviti dan inilah tujuan sebenar kenapa kita merancang p&p dalam blog...cuma saya rasa boleh kurangkan sikit kot huruf ysng nak diajar supaya dengan cara ini kanak-kanak boleh lebih fokus dan tidak terlalu membebankan kanak-kanak..wateverpun congrats....

    ReplyDelete
  48. secara keseluruhannya, blog ini sangat ringkas tetapi menarik sangat. bahan multimedia yang digunakan sangat bermanfaat kepada guru dan juga kanak-kanak. cuma cadangan saya ialah cuba memperkenalkan satu laman web, di mana kanak-kanak boleh menulis dengan menggunakan tetikus. dengan adanya tempat untuk kanak-kanak menulis di laman web tersebut, kanak-kanak dapayt mengkoordinasikan mata dan tangan dengan lebih baik. terima kasih.

    ReplyDelete
  49. bg kump ni Rp sangat bagus..
    video klip yg menarik..
    blh fokus maybe 10 huruf hijaiyah ke..
    coz kalo bnyk sgt huruf nnti knk2 xbopa ingat..
    papun thniah!

    ReplyDelete
  50. salam...bagi saya, terlalu banyak huruf yang hendak diajar dalam satu masa...limitkan huruf yg hendak diajar dulu..slow-slow..

    ReplyDelete
  51. salam.... tahniah kerana pilih memilih komponen kerohanian dan moral mengenai topik tulisan jawi.. hmmm semuanya bagus ade video, ade permainan, carta n so on..untuk penambahbaikan saya cadangkan fokus kepada beberapa huruf hijaiyah... all the best :>

    ReplyDelete
  52. blog yang best dan pasti dapat membantu kita kalau nak mengajar huruf jawi ni...erm tapi rasa kan kalau banyak2 huruf kanak-kank tak kan dapat ketchup, unless kalau kita gunakan blog ni bl sume kanak-kanak mang da kenal huruf2 tu...macm da kat ujung2 tahun macm tu...lagi satu aktiviti 2 tu nampak macm boleh cut jer, sebb boleh tumpu masa lama ckit dekat permaianan interaktif. masa closure pun menyanyi juga kan...erm pape pun nice sangat...gud luck 4 final ek!muah!!

    ReplyDelete
  53. Salam.usaha yang bagus!sgt sophicicated tp untuk pengajaran dalam tempoh masa 30 minit tidak perlu ajar huruf hijaiyah semua.Kita sudah maklum bahawa kanak-kanak tidak boleh memberi tumpuan dengan begitu lama, jadi adalah sukar untuk mencapai objektif jikalau diajar dalam tempoh masa yang bergitu singkat...

    ReplyDelete
  54. yang Lembaran Kerja Huruf Hijaiyah, huruf hijaiyah nya cuma sampai huruf kho yah?

    ada yang lengkap gak? bisa minta yang lengkapnya gak?saya butuh sekali untuk tugas akhir saya,

    saya mohon sekali bantuannya,,

    kalau memang bisa, nanti saya beri email saya, biar bisa dikirimkan,

    trima kasih

    ayu

    ReplyDelete
  55. salam kenal ea
    bagus juga nie blog kamu...
    jadi pengen buat bog sebagus ini

    ReplyDelete