Me

My photo
Alor Star, Kedah, Malaysia

Saturday, May 2, 2009

--> SIFAT KERJASAMA

Kelas

: Adikku Sayang

Tarikh

: 23 Mac 2009

Masa

: 8.30 pagi – 9.10 pagi

Bilangan kanak-kanak

: 20 orang kanak-kanak

Komponen

: Kognitif

Tema

: Makanan

Subtema

: Sarapan Pagi

Topik

: Jamuan Sandwich

Hasil Pembelajaran (Kurikulum)

: 3.3 Bertolak ansur dalam masyarakat.

1.3.1 Mengamalkan sikap tolak ansur dengan rakan dalam situasi tertentu

Objektif Pembelajaran

: Di akhir pengajaran, kanak-kanak dapat :

a) Menyatakan langkah-langkah membuat sandwich.

b) Menyatakan sifat kerjasama dapat mengeratkan hubungan antara kaum.

c) Tolong menolong dalam menyiapkan sandwic


Pengetahuan Sedia Ada Kanak-kanak:

a)Kanak-kanak pernah makan sandwich


Alat / Bahan Bantu Mengajar:

·Kad Roti, sardin, timun, pinggan, sudu, pisau, air basuh tangan, komputer yang mempunyai pembesar suara.


Penggabungjalinan Komponen:

·Bahasa dan Komunikasi ; Perkembangan Kognitif ; Perkembangan Fizikal ;

Perkembangan Kerohanian dan Moral; Perkembangan Sosioemosi ; Kreativiti dan Estetika


Nilai Murni Alam Sekitar:

·Kerjasama, Tolong-menolong

Langkah-langkah Pengajaran


AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN / ABM

GURU

KANAK-KANAK

Set Induksi (5 minit)

Mendengar lagu dan bersoal jawab.

· Guru memasang lagu yang bertajuk ‘Kerjasama’.

· Guru meminta kanak-kanak mendengar lagu tersebut dengan teliti.

· Guru bersoal jawab dengan kanak-kanak tentang lagu tersebut.

· Apakah perkataan yang sering disebut dalam lagu

tersebut ?

· Guru menunjukkan bekas makanan kepada kanak-kanak.

· Guru meminta kanak-kanak meneka makanan yang terdapat di dalam bekas tersebut.

· Guru meminta beberapa orang kanak-kanak datang kehadapan untuk melihat makanan yang terdapat di dalam bekas tersebut dan menceritakan kepada rakan-rakan tentang makanan tersebut.

· Selepas kanak-kanak menceritakan tentang makanan sandwich, guru memberitahu bahawa hari ini kita akan bekerjasama membuat sandwich.

· Kanak-kanak mendengar lagu yang dipasang oleh guru.

· Kanak-kanak mendengar lagu tersebut dengan teliti.

· Kanak-kanak menjawab soalan guru tentang lagu tersebut.

- Kerjasama

· Kanak-kanak melihat bekas makanan yang ditunjukkan oleh guru.

· Kanak-kanak meneka makanan yang terdapat di dalam bekas tersebut.

· Beberapa orang kanak-kanak datang kehadapan untuk melihat makanan yang terdapat di dalam bekas tersebut dan menceritakan kepada rakan-rakan tentang makanan tersebut.

· Kanak-kanak berasa bersemangat untuk membuat sandwich.

- Komputer, lagu “Kerjasama”, bekas yang berisi sandwich.

{Kecerdasan muzikal, verbal,

emosi}

Aktiviti 1- Penerangan Isi Kandungan (5 minit)

Demontrasi Guru.

· Guru memberitahu bahan-bahan yang perlu digunakan untuk membuat sandwich iaitu roti, sardin, timun, pisau, pinggan dan sudu.

· Guru menerangkan dan menunjukkan cara-cara membuat sandwich mengikut urutan yang betul .

Langkah 1: Ambil sekeping roti.

Langkah 2 : Kemudian sapukan sardin di atas roti tersebut.

Langkah 3 : Ambil dua hiris timun dan letakkan di bahagian atas dan bawah roti.

Langkah 4 : Ambil sekeping lagi roti dan letakkan roti tersebut di bahagian atas.

Langkah 5 : Potongkan roti tersebut kepada dua bahagian supaya menjadi bentuk segi tiga.

· Kanak-kanak memerhatikan dengan teliti demonstasi guru.

- roti, sardin, timun, pisau, pinggan dan sudu.

{Kecerdasan logikal matematik}

Aktiviti 2 – Pengukuhan (15 minit)

Membuat Sandwich.

· Guru membahagikan kanak-kanak kepada 3 kumpulan mewakili tiga kaum utama di Malaysia iaitu melayu, cina dan india.

· Setiap kumpulan dinamakan sebagai Upin , Raju dan Ming Ming.

· Guru meminta kanak-kanak bergerak mengikut kumpulan maisng-masing.

· Guru membahagikan bahan-bahan kepada setiap kumpulan. Kumpulan Upin mendapat roti dan pinggan, manakala kumpulan Raju mendapat sardin, dan kumpulan Ming ming pula mendapat timun dan roti.

· Guru menerangkan aktiviti atau tugasan yang perlu dilakukan oleh setiap kumpulan.

· Guru meminta setiap kumpulan bekerjasama dan berkongsi bahan-bahan tersebut untuk menyiapkan sandwich.

· Guru meminta kanak-kanak membasuh tangan sebelum menyentuh bahan-bahan makanan.

· Aktiviti membuat sardin bermula dengan setiap ahli kumpulan Upin perlu meletakkan roti di atas pinggan dan apabila siap, roti tersebut perlu diberikan kepada ahli kumpulan Raju. Manakala setiap ahli kumpulan Raju pula perlu menyapu sardin di atas roti tersebut. Setelah siap, roti yang telah disapu sardin tadi perlu diberikan kepada kumpulan Ming ming pula. Ahli kumpulan Ming ming pula akan meletakkan timun dan roti di atas roti yang telah disapu sardin tadi. Setelah siap, ahli kumpulan Ming ming pula akan menghantar roti sandwic yang telah siap tadi kepada guru untuk dipotong kepada dua bahagian.

· Setelah sandiwch siap, guru bersama-sama kanak-kanak menikmati jamuan sandwich tersebut.

· Kanak-kanak mendapat kumpulan masing-masing yang mewakili tiga kaum utama di Malaysia iaitu melayu, cina dan india.

· Setiap kumpulan kanak-kanak dinamakan sebagai Upin , Raju dan Ming Ming

· Kanak-kanak bergerak mengikut kumpulan masing-masing.

· Kanak-kanak mendapat bahan-bahan untuk membuat sandwich.

· Kanak-kanak mendengar penerangan guru.

· Setiap kumpulan kanak-kanak bekerjasama dan berkongsi bahan-bahan tersebut untuk menyiapkan sandwich.

· Kanak-kanak membasuh tangan sebelum menyentuh bahan-bahan makanan.

· Kanak-kanak memulakan aktiviti membuat sandwich mengikut peraturan yang ditetapkan oleh guru.

· Kanak-kanak bersama guru menikmati jamuan sandwich tersebut.

- roti, sardin, timun, pisau,pinggan, sudu, dan gambar untuk pembahagian kumpulan.

{Kecerdasan interpersonal dan intrapersonal’ emosi}

{Nilai yang diterapkan kerjasama, tolong menolong, berkongsi, bertolak ansur}

Aktiviti 3 – Penilaian (10 minit)

Penerapan Nilai.

· Guru bersoal dengan kanak-kanak :

- Apakah aktiviti yang adik-adik lakukan hari ini ?

- Sebelum menyentuh makanan apakah perkara penting yang perlu adik-adik lakukan?

- Kenapa kita perlu membasuh

tangan ?

- Apakah nilai-nilai yang diperolehi semasa membuat sandwich tadi ?

- Bagaimanakah cara- cara membuat sandwich dengan betul ?

· Kanak-kanak menjawab soalan guru :

- Menyanyi bersoal jawab, membuat sandwich.

- Membasuh tangan.

- Supaya tangan makanan tak kotor, supaya kuman tak masuk pada makanan.

- Kerjasama, tolong menolong, berkongsi, bertolak ansur.

- Ambil roti, sapukan sardin, letakkan timun, tutup dengan roti dan potong kepada dua bahagian.


{Kecerdasan interpersonal}

Penutup(5 minit)

Menyanyi.

· Guru bersama kanak-kanak menyanyikan lagu “kerjasama’.

· Kanak-kanak bersama guru menyanyikan lagu “kerjasama’.

{Kecerdasan verbal, muzikal}


Lampiran:

Lagu "Kerjsama"

video

No comments:

Post a Comment